Rabu, 26 Mac 2014

Luahan Jiwa

Assalamualaikum...

Hmmmmmmmmmmmm........  dulu bila tengok org berblog gatal lah sangat teeringin nak ada blog sendiri. Ingat dihati nak luahkan segala isi hati kat sini... tapi  hampeh.... tak tertulis pun.  Dah hampir 4 bulan aku tak jengok pun blog yang usang ini.

Tetiba hari ni aku teringat nak nyatakan sesuatu yang terbuku di hati.  Perasaan ini hadir secara tetiba sahaja.... fikiran berkecamuk menyerang emosi dan adakalanya hati jadi beku.... entahlah semenjak kebelakangan ini kehidupan agak terganggu dengan masalah yang tidak diundang. Alhamdulillah syukur.......  aku masih dapat bertahan dan mengawal segala dugaan ini.  Tatkala insan lain memejam mata... aku terkulat-kulat mengenang kejadian-kejadian yang menimpa diri ini......... mengalir air mata membasahi pipi tanpa disedari oleh sesiapa. Hanya satu soalan bermain di fikiran " TIDAK LAYAKKAH AKU UNTUK HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN LAIN????

Ya Allah... kau lindungi dan berilah kekuatan pada diriku ini..... Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan