Hari ni ada dua situasi yang aku alami.
Situasi 1
Hari ni 14/11/2013 ada appointment kat Klinik Kesihatan. 3 bulan sekali mesti pergi melawat klinik ni nak check doktor. Sesampai aja kat klinik dah mengelabah sebab klinik dok tgh renovation kalut cari kaunter nak daftar. Dah letak kad kena tunggu kat 30 minit juga nak dapat no... yang baru sampai dah dapat kad hai saja ka nak bagi aku angin ni. Tetiba dengar lak satu apek cina ni bising kata lambat.. pastu satu mami pun bising macam2 kata bodoh la..... sian juga aku tgk budak kaunter tu sebab aku pun staff KKM juga tercabar lah juga. aiii apek baru sampai dah dipanggil......... apa kes ni? Last nama aku dipanggil... hah lega rasanya.. " Kak ada bawa GL tak? Aku jawab tak sebab GL yang lama ada kan? So dia kata " kak GL ni tahun 2010 ni dah 2013, kak bayar RM 1", aku jawab juga " staff pun kena bayar ke?. Dia jawab " kak Audit mai nanti saya kena...... Ohhh... dengar Audit mmg telinga dah bernanah sangat-sangatkan sebabnya aku kena audit tahun 2013 berkali-kali. Tanpa cakap banyak terus buka beg duit bagi RM 1. Apalah sangat RM1 tu kan kalau nak susahkan hidup orang dah tu dapat ubat pun setengah beg... Lepas dah ambil darah ngan check bp aku naik lak kat atas nak jumpa doktor. Tengok tak ramai lak. Tunggu 5 minit penuh lak. Aku dgn berhemahnya tak tanya apa tunggu aja. Orang semua keluar masuk .. bila pula no aku. Eee takpa-takpa bila dah tinggal lagi 3 org itu apek sudah tanya berapa no aku? Aku jawab 2007... aiiyaa sudah lama pi ooo sekalang no 2018. Oopssss aku relaks lagi... Tetiba aku dengar doktor tu jerit nama aku sekuatnya.... . Aku pun lari masuk dalam bilik doktor tu dan dia tanya apasal you masuk lambat. Dengan bangganya aku jawab saya bagi orang tua dulu masuk. Dia dongak tengok aku dan geleng kepala...mesti dia ingat gila kut aku ni sbb semua org nak masuk cepat. Hehehe coolnya aku.. syabas.....
Situasi 2
Lunch tadi aku turun ronda-ronda kat bawah. Tetiba rasa penat aku stop kat kerusi kat tempat pejalan kaki melintas. Aku main handset jap sambil cuci mata tgk orang lalu lalang. Lampu pejalan kaki dah hijau makanya giliran kereta bergerak... Tetiba aku tgk ada seorang budak lelaki yang aku rasa OKU kut lari sesuka hati melintas jalan. Nasib dia baik sebab kereta wish tu sempat brek... bila di sebelah jalan lagi pun ada kereta dan moto yang slow dan brek. Aku dengar mak dia menjerit sekuat hati dan budak tu lari lagi sampai dapat ditarik oleh pejalan kaki. Nasib baik budak tu dilindungi oleh malaikat..... Yang aku jadi angin sebabnya di sebelah sana tua ada pondok polis tepi jalan ni. Kat pondok tu ada 3 org polis yang muda, duduk bawah khemah main hp. Bila mak budak tu menjerit dia org berdiri tengok aja tak tolong kejar budak tu. Dah la mak dia pakai baju kurung ...eee macam nak pi serang sesangat dah tadi . Ingat nak berleter habis kat polis tu... nak kata tak payah ada pun takpa. Oppsss ini bukan komplen tapi sekadar nak luah perasaan tak puas hati . Haha jangan ada yang report tidur dlam pula aku....
macam kejadian yg kita lalui sepanjang perjalanan meniti kehidupan ini..salam ukhwah rencah kehidupan ana singgah berteduh disini ptg jumaat nan dingin..
BalasPadamSalam Ana dah lama saya tak update blog ni sibuk memanjang..
Padam