Rabu, 13 November 2013

Sejuk dan Panas

Assalamualaikum....

Hari ni ada dua situasi yang aku alami.

Situasi 1

Hari ni 14/11/2013 ada appointment kat Klinik Kesihatan.  3 bulan sekali mesti pergi melawat klinik ni nak check doktor.  Sesampai aja kat klinik dah mengelabah sebab klinik dok tgh renovation kalut cari kaunter nak daftar.  Dah letak kad kena tunggu kat 30 minit juga nak dapat no... yang baru sampai dah dapat kad hai saja ka nak bagi aku angin ni.  Tetiba dengar lak satu apek cina ni bising kata lambat.. pastu satu mami pun bising macam2 kata bodoh la.....  sian juga aku tgk budak kaunter tu sebab aku pun staff KKM juga  tercabar lah juga.  aiii apek baru sampai dah dipanggil......... apa kes ni?  Last nama aku dipanggil... hah lega rasanya..  " Kak ada bawa GL tak?  Aku jawab tak sebab GL yang lama ada kan? So dia kata " kak GL ni tahun 2010 ni dah 2013, kak bayar RM 1", aku jawab juga " staff pun kena bayar ke?. Dia jawab " kak Audit mai nanti saya kena......  Ohhh...  dengar Audit mmg telinga dah bernanah sangat-sangatkan sebabnya aku kena audit  tahun 2013 berkali-kali.  Tanpa cakap banyak terus buka beg duit bagi RM 1.  Apalah sangat RM1 tu kan kalau nak susahkan hidup orang dah tu dapat ubat pun setengah beg...  Lepas dah ambil darah ngan check bp aku naik lak kat atas nak jumpa doktor. Tengok tak ramai lak. Tunggu 5 minit penuh lak.  Aku dgn berhemahnya tak tanya apa tunggu aja. Orang semua keluar masuk .. bila pula no aku. Eee takpa-takpa bila dah tinggal lagi 3 org itu apek sudah tanya berapa no aku? Aku jawab 2007... aiiyaa sudah lama pi ooo sekalang no 2018. Oopssss aku relaks lagi... Tetiba aku dengar doktor tu jerit nama aku sekuatnya.... . Aku pun lari masuk  dalam bilik doktor tu dan dia tanya apasal you masuk lambat. Dengan bangganya aku jawab saya bagi orang tua dulu masuk. Dia dongak tengok aku dan geleng kepala...mesti dia ingat gila kut aku ni sbb semua org nak masuk cepat.  Hehehe coolnya aku.. syabas.....

Situasi 2

Lunch tadi aku turun ronda-ronda kat bawah. Tetiba rasa penat aku stop kat kerusi kat tempat pejalan kaki melintas. Aku main handset jap sambil cuci mata tgk orang lalu lalang.  Lampu pejalan kaki dah hijau makanya giliran kereta bergerak... Tetiba aku tgk ada seorang budak lelaki yang aku rasa OKU kut lari sesuka hati melintas jalan.  Nasib dia baik sebab kereta wish tu sempat brek... bila di sebelah jalan lagi pun ada kereta dan moto yang slow dan brek.  Aku dengar mak dia menjerit sekuat hati dan budak tu lari lagi sampai dapat ditarik oleh pejalan kaki.  Nasib baik budak tu dilindungi oleh malaikat.....  Yang aku jadi angin sebabnya di sebelah sana tua ada pondok polis tepi jalan ni. Kat pondok tu ada 3 org polis yang muda, duduk bawah khemah main hp. Bila mak budak tu menjerit dia org berdiri tengok aja tak tolong kejar budak tu. Dah la mak dia pakai baju kurung ...eee macam nak pi serang sesangat dah tadi . Ingat nak berleter habis kat polis tu... nak kata tak payah ada pun takpa. Oppsss  ini bukan komplen tapi sekadar nak luah perasaan tak puas hati . Haha jangan ada yang report tidur dlam pula aku....

Rabu, 6 November 2013

SPM


Salam Semua..

Hari ni 6 November 2013...tarar... SPM dah bermula.  Anak sulong I dah start hari ni.  Memang rasa tension gak pasal tgk dia tak study macam anak orang lain pun.  Tapi apa nak buat kita dah cuba setakat yang teermampu.  Apa daya sebagai ibu tentu kita mengharapkan yang sempurna tapai kekangan kewangan adakalanya membuatkan kita cuba lupakan kealpaan dan keciciran dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa.

Bagi anak mama....MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD NIZAM.....  walaupun terdapat kekurangan dalam malaksanakan tanggungjawab mama sebagai Ibu  tapi..............   tidak pernah kurang sedikitpun kasih sayang mama dan doa mama untuk mu.  Selamat Menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya hendaknya.


Jalan-Jalan

Assalamualaikum,

Hari ni office sunyi aja... ramai yang sambung menyambung cuti Deepavali dan besok Awal Muharram.  Aku tak la pula cuti sebabnya tak kemana-mana pun cuma dok kat umah ngan anak-anak aja.  so hari ni korek-korec pic lama ada la pula gambar masa jadi urusetia kursus kat Bukit Jawi Golf Resort. Kalau nak tgk rujuk sini  www.bukitjawi.com.my . Aku suka tempat ni sebab ada privacy .. sunyi.. dan sesuai sesangat sbg tempat kursus sbb senang nak control peserta..hehehe jauh dr pekan... ha ambik kau..

Kita cuci mata tgk pic-pic menarik kat Bukit Jawi..
Pemandangan dari bilik aku menginap

Kolam mandi...

Terjun jangan tak terjun

Boleh trainning Golf...  ni ha anak-anak aku dan suami cam teror la main tgh panas.. nampak sgt tak pernah pegang kayu golf

Kawasan Bukit Jawi

Area Lobi

Padang acara sukan

Jadi pada sapa-sapa nak anjur kursus bolehlah mai sini.  Cuma kekadang tu ada lalt sikit sebab berhampiran dengan ladang ternak ayam.  So ni saja nak cerita dan bukannya promosi tau...

Jumaat, 1 November 2013

Jalan-Jalan ke Penang

Assalamualaikum dan salam Pagi Jumaat.

Hari ni dah masuk bulan November... Tidak lama lagi cuti sekolah dah nak bermula.  Anda semua dah plan ke nak kemana bawa anak-anak.  Tahun lepas saya dengan famili kakak ke Pulau Pangkor dan Cameron Highlands.   wah.....  sekarang kita nak promosi... datanglah ke Penang... sini saya upload gambar bagi pengemar tanam-tanaman.  Tempat ni namanya Feringghi Garden.  Saya jumpa tempat ni pun masa nak pergi buat survey untuk Dinner TKSU dengan semua Timbalannya ... terpegun gila...
Ha.......  best tak..


Pokok Susu kambing  ...  ee tgk bentuknya. Ini pokok hidup tau..


ruang makan..........




























Ha.....  best kan.