Ahad, 1 Jun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apakhabar semua..... moga sihat sejahtera. Hari ni entah kenapa tergerak nak menyapu sawang kat blok ni. Hai awat pemalas sangat hang ni...

Hari ni kita cerita pasal kenduri lah.  Semalam kita dah hadir 2 kenduri , sebelah kita dan suami. First kita balik kampung dulu...

Kenduri 1

Kenduri ni kat kampung kita.  Masak gotong royong , menu utama nasi minyak, kurma daging, gulai daging dan ayam goreng. Menu tambahan bubur pulut hitam, rojak dan pop corn.  Suami makan bertambah-tambahbukan senang nak dapat masakan kampung. Yang bestnya ada live band lagi.......

Kenduri Kedua

Ni kenduri sebelah suami kitalah... Bapa mertua kita call just bg tau Batu 11, Ban Pecah Tanjung Piandang. Kita pun meneroka lah cari tak ada lah gps apa pun... sampai juga.  Kenduri ni anak buah Rizman Ruzaini...pereka fesyen terkenal tu... so jadinya Rizman dan suami kita sedara sepupulah.  Dah makan kita posing dulu sebab tak terkata keindahan ciptaan Allah swt.  Ni musim mempelam ye....
Susah nak control ni sebab nak main parit tu...

Posing 

Bergerak laju laparrr

Nilah permata hati....


Kita ngan Aidid


Jaga nanti jatuh wei...

syahdunya

Banyak teramat sangat 


Rabu, 26 Mac 2014

Luahan Jiwa

Assalamualaikum...

Hmmmmmmmmmmmm........  dulu bila tengok org berblog gatal lah sangat teeringin nak ada blog sendiri. Ingat dihati nak luahkan segala isi hati kat sini... tapi  hampeh.... tak tertulis pun.  Dah hampir 4 bulan aku tak jengok pun blog yang usang ini.

Tetiba hari ni aku teringat nak nyatakan sesuatu yang terbuku di hati.  Perasaan ini hadir secara tetiba sahaja.... fikiran berkecamuk menyerang emosi dan adakalanya hati jadi beku.... entahlah semenjak kebelakangan ini kehidupan agak terganggu dengan masalah yang tidak diundang. Alhamdulillah syukur.......  aku masih dapat bertahan dan mengawal segala dugaan ini.  Tatkala insan lain memejam mata... aku terkulat-kulat mengenang kejadian-kejadian yang menimpa diri ini......... mengalir air mata membasahi pipi tanpa disedari oleh sesiapa. Hanya satu soalan bermain di fikiran " TIDAK LAYAKKAH AKU UNTUK HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN LAIN????

Ya Allah... kau lindungi dan berilah kekuatan pada diriku ini..... Amin