Assalamualaikum dan salam sayang ;
Hari ni boring yang amat kat office... bila semua kerja dah clear mulalah nak korek pc cari idea-idea nak tulis. Namun masa ini yang ada di lingkaran aku adalah anak-anak yang tersayang...
Inilah gambar adam - anak bongsu aku berusia 7 tahun. Orangnya cukup manja .. maklumlah bongsu..
hahaha ni si nakal anak ke 3.. Aidid Muzammil , umur 8 tahun dan kaki lawak juga...
Ni anak 1 dan kedua. Si abg nak spm tahun ni dan adik 13 thn.
Mama sayang semua anak mama...
Isnin, 28 Oktober 2013
Selasa, 8 Oktober 2013
Anak-anak exam.
Salam Sejahtera:
Tahun 2013 tahun mencabar bagi kami sekeluarga. Anak sulong aku Muhammad Danial dah 17 tahun dan akan menghadapi peperiksaan SPM bermula 11 November 2013 nanti. Ya. Alllah kau permudahkanlah segala urusan anak-anak ku. Tapi hari ni hari terakhir anak-anakku yang Darjah 1(Adam) & 2 (Aidid) exam akhir penggal. Mama sibuk bagai melayan karenah semua...... Anak ketiga pula Akmal akan exam selepas hari raya Aidiladha nanti iaitu pada 17 Oktober.
Berbicara pasal Aidiladha ... insyaAllah Mertua akan adakan Aqiqah untuk Adam. Nampaknya daging Qurban tu kena lah dimasak Kurma untuk disedekahkan kepada jiran tertangga. Makanya akan terlebih busy lah Aidiladha nanti. Kali ni Aidiladha akan disambut di rumah Mertuaku di Bagan Ajam. Bila Aidiladha memang seronok disini sebab acara qurbannya amat meriah dengan kenduri kendara.
Terfikir juga apa yang nak dibuat untuk Aidiladha nanti. Ketupat pun teringin juga.......
Yang pasti tunggu.........
Apakhabar anda
Assalamualaikum...
salam perkenalan untuk semua .... hari ni terlaksana jua impian untuk ada blog sendiri. Bukannya terpengaruh tengok semua orang ada blog tapi aku terpaut dengan prinsip seorang blogger yang terkenal iaitu Spices Journey dimana katanya catatan di blog ni untuk tatapan dan rujukan anaknya di masa depan ...... insyaalllah saya akan cuba sajikan yang terbaik........
Langgan:
Ulasan (Atom)