Rabu, 8 April 2015

Lama Menghilang......

Assalamualaikum dan salam Sejahtera:

    Apa khabar semua sahabatku.  Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan ruang untuk bernafas di bumi ini.  Dah lama menghilang dengan alasan kesibukan dan kekeringan idea padahal banyaknya benda yang berlaku di keliling aku.

    Sekarang ni dunia GST , semua cakap pasal GST... hanya mampu bercakap sajakan tapi tak ada kesannya pun kat kita golongan bawahan ni.  Alhamdulillah syukur masih ada rezeki yang allah turunkan.  Anak-anak semuanya sihat ...aku pun sihat.

     Buat masa ni aku sibuk sikit dengan kerja kat office dan kerja-kerja rumah.  Ketika ekonomi yang semakin menyempitkan diri, aku dah mencuba online bisnes ni...Taraaa..... SHAKLEE , satu produk kesihatan yang menyakinkan dan amat membantu jika kita berniat untuk menampung ekonomi keluarga.  Bisnes ni senang aja, kita cuba, war-warkan, jual dan tak perlu stok. Tengah bulan dapat bonus lagi...walaupun aku tak full time tapi ada la dapat sikit di tengah bulan...hehehe

   So, pada sesiapa yang berminat nak joint shaklee leh contact aku ye di 0125792964.  Kita sama-sama berjaya dengan shaklee.

Next time aku cerita pasal shaklee ye.

Bye

Ahad, 1 Jun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apakhabar semua..... moga sihat sejahtera. Hari ni entah kenapa tergerak nak menyapu sawang kat blok ni. Hai awat pemalas sangat hang ni...

Hari ni kita cerita pasal kenduri lah.  Semalam kita dah hadir 2 kenduri , sebelah kita dan suami. First kita balik kampung dulu...

Kenduri 1

Kenduri ni kat kampung kita.  Masak gotong royong , menu utama nasi minyak, kurma daging, gulai daging dan ayam goreng. Menu tambahan bubur pulut hitam, rojak dan pop corn.  Suami makan bertambah-tambahbukan senang nak dapat masakan kampung. Yang bestnya ada live band lagi.......

Kenduri Kedua

Ni kenduri sebelah suami kitalah... Bapa mertua kita call just bg tau Batu 11, Ban Pecah Tanjung Piandang. Kita pun meneroka lah cari tak ada lah gps apa pun... sampai juga.  Kenduri ni anak buah Rizman Ruzaini...pereka fesyen terkenal tu... so jadinya Rizman dan suami kita sedara sepupulah.  Dah makan kita posing dulu sebab tak terkata keindahan ciptaan Allah swt.  Ni musim mempelam ye....
Susah nak control ni sebab nak main parit tu...

Posing 

Bergerak laju laparrr

Nilah permata hati....


Kita ngan Aidid


Jaga nanti jatuh wei...

syahdunya

Banyak teramat sangat 


Rabu, 26 Mac 2014

Luahan Jiwa

Assalamualaikum...

Hmmmmmmmmmmmm........  dulu bila tengok org berblog gatal lah sangat teeringin nak ada blog sendiri. Ingat dihati nak luahkan segala isi hati kat sini... tapi  hampeh.... tak tertulis pun.  Dah hampir 4 bulan aku tak jengok pun blog yang usang ini.

Tetiba hari ni aku teringat nak nyatakan sesuatu yang terbuku di hati.  Perasaan ini hadir secara tetiba sahaja.... fikiran berkecamuk menyerang emosi dan adakalanya hati jadi beku.... entahlah semenjak kebelakangan ini kehidupan agak terganggu dengan masalah yang tidak diundang. Alhamdulillah syukur.......  aku masih dapat bertahan dan mengawal segala dugaan ini.  Tatkala insan lain memejam mata... aku terkulat-kulat mengenang kejadian-kejadian yang menimpa diri ini......... mengalir air mata membasahi pipi tanpa disedari oleh sesiapa. Hanya satu soalan bermain di fikiran " TIDAK LAYAKKAH AKU UNTUK HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN LAIN????

Ya Allah... kau lindungi dan berilah kekuatan pada diriku ini..... Amin

Rabu, 13 November 2013

Sejuk dan Panas

Assalamualaikum....

Hari ni ada dua situasi yang aku alami.

Situasi 1

Hari ni 14/11/2013 ada appointment kat Klinik Kesihatan.  3 bulan sekali mesti pergi melawat klinik ni nak check doktor.  Sesampai aja kat klinik dah mengelabah sebab klinik dok tgh renovation kalut cari kaunter nak daftar.  Dah letak kad kena tunggu kat 30 minit juga nak dapat no... yang baru sampai dah dapat kad hai saja ka nak bagi aku angin ni.  Tetiba dengar lak satu apek cina ni bising kata lambat.. pastu satu mami pun bising macam2 kata bodoh la.....  sian juga aku tgk budak kaunter tu sebab aku pun staff KKM juga  tercabar lah juga.  aiii apek baru sampai dah dipanggil......... apa kes ni?  Last nama aku dipanggil... hah lega rasanya..  " Kak ada bawa GL tak?  Aku jawab tak sebab GL yang lama ada kan? So dia kata " kak GL ni tahun 2010 ni dah 2013, kak bayar RM 1", aku jawab juga " staff pun kena bayar ke?. Dia jawab " kak Audit mai nanti saya kena......  Ohhh...  dengar Audit mmg telinga dah bernanah sangat-sangatkan sebabnya aku kena audit  tahun 2013 berkali-kali.  Tanpa cakap banyak terus buka beg duit bagi RM 1.  Apalah sangat RM1 tu kan kalau nak susahkan hidup orang dah tu dapat ubat pun setengah beg...  Lepas dah ambil darah ngan check bp aku naik lak kat atas nak jumpa doktor. Tengok tak ramai lak. Tunggu 5 minit penuh lak.  Aku dgn berhemahnya tak tanya apa tunggu aja. Orang semua keluar masuk .. bila pula no aku. Eee takpa-takpa bila dah tinggal lagi 3 org itu apek sudah tanya berapa no aku? Aku jawab 2007... aiiyaa sudah lama pi ooo sekalang no 2018. Oopssss aku relaks lagi... Tetiba aku dengar doktor tu jerit nama aku sekuatnya.... . Aku pun lari masuk  dalam bilik doktor tu dan dia tanya apasal you masuk lambat. Dengan bangganya aku jawab saya bagi orang tua dulu masuk. Dia dongak tengok aku dan geleng kepala...mesti dia ingat gila kut aku ni sbb semua org nak masuk cepat.  Hehehe coolnya aku.. syabas.....

Situasi 2

Lunch tadi aku turun ronda-ronda kat bawah. Tetiba rasa penat aku stop kat kerusi kat tempat pejalan kaki melintas. Aku main handset jap sambil cuci mata tgk orang lalu lalang.  Lampu pejalan kaki dah hijau makanya giliran kereta bergerak... Tetiba aku tgk ada seorang budak lelaki yang aku rasa OKU kut lari sesuka hati melintas jalan.  Nasib dia baik sebab kereta wish tu sempat brek... bila di sebelah jalan lagi pun ada kereta dan moto yang slow dan brek.  Aku dengar mak dia menjerit sekuat hati dan budak tu lari lagi sampai dapat ditarik oleh pejalan kaki.  Nasib baik budak tu dilindungi oleh malaikat.....  Yang aku jadi angin sebabnya di sebelah sana tua ada pondok polis tepi jalan ni. Kat pondok tu ada 3 org polis yang muda, duduk bawah khemah main hp. Bila mak budak tu menjerit dia org berdiri tengok aja tak tolong kejar budak tu. Dah la mak dia pakai baju kurung ...eee macam nak pi serang sesangat dah tadi . Ingat nak berleter habis kat polis tu... nak kata tak payah ada pun takpa. Oppsss  ini bukan komplen tapi sekadar nak luah perasaan tak puas hati . Haha jangan ada yang report tidur dlam pula aku....

Rabu, 6 November 2013

SPM


Salam Semua..

Hari ni 6 November 2013...tarar... SPM dah bermula.  Anak sulong I dah start hari ni.  Memang rasa tension gak pasal tgk dia tak study macam anak orang lain pun.  Tapi apa nak buat kita dah cuba setakat yang teermampu.  Apa daya sebagai ibu tentu kita mengharapkan yang sempurna tapai kekangan kewangan adakalanya membuatkan kita cuba lupakan kealpaan dan keciciran dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa.

Bagi anak mama....MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD NIZAM.....  walaupun terdapat kekurangan dalam malaksanakan tanggungjawab mama sebagai Ibu  tapi..............   tidak pernah kurang sedikitpun kasih sayang mama dan doa mama untuk mu.  Selamat Menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya hendaknya.


Jalan-Jalan

Assalamualaikum,

Hari ni office sunyi aja... ramai yang sambung menyambung cuti Deepavali dan besok Awal Muharram.  Aku tak la pula cuti sebabnya tak kemana-mana pun cuma dok kat umah ngan anak-anak aja.  so hari ni korek-korec pic lama ada la pula gambar masa jadi urusetia kursus kat Bukit Jawi Golf Resort. Kalau nak tgk rujuk sini  www.bukitjawi.com.my . Aku suka tempat ni sebab ada privacy .. sunyi.. dan sesuai sesangat sbg tempat kursus sbb senang nak control peserta..hehehe jauh dr pekan... ha ambik kau..

Kita cuci mata tgk pic-pic menarik kat Bukit Jawi..
Pemandangan dari bilik aku menginap

Kolam mandi...

Terjun jangan tak terjun

Boleh trainning Golf...  ni ha anak-anak aku dan suami cam teror la main tgh panas.. nampak sgt tak pernah pegang kayu golf

Kawasan Bukit Jawi

Area Lobi

Padang acara sukan

Jadi pada sapa-sapa nak anjur kursus bolehlah mai sini.  Cuma kekadang tu ada lalt sikit sebab berhampiran dengan ladang ternak ayam.  So ni saja nak cerita dan bukannya promosi tau...

Jumaat, 1 November 2013

Jalan-Jalan ke Penang

Assalamualaikum dan salam Pagi Jumaat.

Hari ni dah masuk bulan November... Tidak lama lagi cuti sekolah dah nak bermula.  Anda semua dah plan ke nak kemana bawa anak-anak.  Tahun lepas saya dengan famili kakak ke Pulau Pangkor dan Cameron Highlands.   wah.....  sekarang kita nak promosi... datanglah ke Penang... sini saya upload gambar bagi pengemar tanam-tanaman.  Tempat ni namanya Feringghi Garden.  Saya jumpa tempat ni pun masa nak pergi buat survey untuk Dinner TKSU dengan semua Timbalannya ... terpegun gila...
Ha.......  best tak..


Pokok Susu kambing  ...  ee tgk bentuknya. Ini pokok hidup tau..


ruang makan..........




























Ha.....  best kan.